SURAU ALPINIA BANDAR PUTRA

Perincian Surau Kekal SABP

PERSPECTIVE 3D

Menggunakan gaya rekabentuk modern dan mudah rekabentuk ini juga menghormati prinsip rekabentuk sekeliling kawasan perumahan ini.

PANDANGAN TELUS

Dalam pandangan ini diperlihatkan susunatur ruang dalaman yang mudah serta telah diintegrasikan dengan rekabentuk luaran bangunan surau kekal ini.

KAWASAN MASUK

Di integrasikan dengan sempurna bersama Minaret dan landskap.

Ringkasan

Susunatur serta hubungan antara ruang yang efisien telah dibuat secara kritis dengan mengambilkira pelbagai aspek, seperti orientasi tanah, hubungan antara bangunan dengan rumah sekitar, elemen kesucian Islam, pergerakan dalaman dan luaran, rekabentuk yang sesuai dengan zamannya serta mempunyai elemen Islam dan juga aspek keselamatan setempat. Dimana pada dasarnya tempat ini akan menjadi sebagai pusat ilmiah setempat yang bermanfaat kepada persekitaranya dan juga membentuk masyarakat Islam yang berjaya dalam membawa nilai-nilai Islam untuk dikagumi dan dihormati oleh semua lapisan kaum di dunia mahupun di akhirat.

Plan Susunatur

Hubungan ruang yang teratur dan saling berhubungkait diterapkan bagi memudahkan pergerakan dan menjaga kesucian bangunan surau.

PELAN LANTAI

Rekabentuk yang mengutamakan sumber cahaya pasif serta sumber pengudaraan pasif membolehkan rekabentuk bangunan ini tidak bergantung harap dengan bil utiliti yang tinggi untuk pengoperasian.

PELAN BUMBUNG

Rekabentuk & penggunaan bahan bumbung yang mudah mengurangkan risiko penyelenggaraan.

KERATAN RENTAS

Beberapa keratan rentas menunjukkan dimensi sebenar ruang serta skala ruang yang akan dibina kelak.

PESANAN NYA.

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. al-Baqarah (2): 261)

© Untitled